Saturday, 2 November 2013

TERJEMAHAN PANDANGAN DENGAN PERSEDIAAN – TEKS UMUM (BIOGRAFI) - Nelson Mandela

Kumpulan kami diberi teks biografi sebagai teks umum, dan teks kewangan sebagai teks teknikal kami. Bagi teks biografi, kumpulan kami telah memilih teks biografi seorang tokoh politik, Nelson Mandela.


Secara am, teks biografi merupakan teks yang menceritakan seorang tokoh dan juga kehidupan tokoh tersebut secara teliti. Teks biografi boleh dikategorikan kepada 3 jenis, Autobiografi, Biografi dan juga Memoir. Autobiografi merupakan biografi yang dituliskan oleh tokoh itu sendiri, biografi selalunya dituliskan oleh seseorang penulis yang menemuduga tokoh tersebut, dan memoir pula merupakan sejenis biografi yang lebih menumpukan perhatian terhadap orang ataupun peristiwa-peristiwa yang berlaku, contohnya peperangan, pelancongan, dan lain-lain.



Menurut Tracey Arklay, seorang pengkaji dalam bidang Sains Politik, teks biografi politik bertujuan untuk menunjukkan penghormatan terhadap tokoh-tokoh tersebut, untuk diteladani oleh generasi akan datang, serta untuk mendatangkan keuntungan.


Latar situasi yang kumpulan kami telah tetapkan adalah dalam sebuah kuliah sains politik di mana seorang pensyarah sedang memperkenalkan serba sedikit mengenai Nelson Mandela. Jadi audiens sasaran sebenarnya dianggap mempunyai latar belakang mengenai tokoh tersebut dan juga peristiwa-peristiwa di dalam teks tersebut. Mereka semuaya mempunyai tahap pengetahuan yang amat tinggi.


Masalah yang telah kumpulan kami hadapi dalam proses terjemah pandang teks kami adalah seperti berikut:
Masalah mendapatkan padanan untuk kata nama khas dalam teks biografi. Contohnya:

Teks Sumber Teks SasaranKaedah terjemah
Transkei, South AfricaTranskei, Afrika SelatanPinjam-terjemah
University College of Fort HareKolej Universiti Fort HarePinjam-terjemah
University of WitwatersrandUniversiti WitwatersrandPinjam-terjemah
African National Congress (ANC)Kongress Nasional AfrikaPinjam-terjemah
Apartheid PolicyDasar AparteidPinjam-terjemah
Umkhonto we SisweUmkhonto we Siswe, “Tombak Bangsa”Pinjaman
Robben Island Prison, off Cape TownPenjara Robben Island, di luar Cape TownPinjam-terjemah
Pollmoor prisonPenjara PollsmoorPinjam-terjemah
Thembu TribeSuku ThembuPinjam-terjemah



Apartheid Policy telah kami terjemahkan kepada Dasar Aparteid, dan Umkhonto we Siswa telah kami kekalkan, dan kami masukkan “Tombak Bangsa” maksud literal frasa tersebut. Kumpulan kami tidak memberikan sebarang penjelasan ataupun latar belakang semasa terjemah pandang kerana kami berpendapat bahawa pendengar sasaran mereka mempunyai tahap pengetahuan yang sama dengan pendengar sumber. Tambahan pula, latar situasi yang kumpulan kami telah tetapkan adalah dalam sebuah kuliah sains politik, dan seorang pensyarah sedang memberikan sedikit latar belakang mengenai Nelson Mandela.
Thembu Tribe telah kami terjemahkan kepada suku Thembu. Sebelum melakukan penterjemahan, kumpulan kami telah melakukan persediaan dengan mendapatkan definisi “Tribe” daripada Oxford Advance Learner’s Dictionary.
Tribe - A group of people of the same race, and with the same customs, language, religion and etc, living in a particular area and often led by a chief.
Dalam proses mendapatkan satu padanan, perkataan “kaum”, “etnik”, “bangsa” dan “suku” merupakan padanan yang kami dapati. Namun, dengan merujuk kepada definisi Oxford Dictionary, elemen “living in a particular area and often led by a chief” tidak dikongsikan dengan perkataan “kaum”, “etnik”, dan “bangsa”. Perkataan “suku” yang selalu digunakan untuk suku-suku di Malaysia, contohnya Kadazan, Iban, Dusun, Semai, Kelabit dan lain-lain merupakan padanan yang terdekat kepada perkataan “suku”.




Terdapat masalah padanan berkenaan ideologi rasisme dalam teks biografi politik tesebut. Dalam teks sumber menunjukkan ayat berikut: “He was widely accepted as the most significant black leader in South Africa and became a potent symbol of resistance as the anti-apartheid movement gathered strength.” Ayat majmuk ini akan dipecahkan kepada dua ayat tunggal supaya ayat tersebut lebih mudah diterjemahkan. Dalam ayat, “He was widely accepted as the most significant black leader in South Africa”, terdapat unsur rasisme dari perkataan “black”. Pada mulanya, kami ingin menterjemahkan ayat ini kepada, “Beliau merupakan pemimpin politik yang diterima oleh orang ramai di Afrika Selatan” tetapi “pemimpin politik” tidak dapat menunjukkan unsur rasisme tersebut. Pada masa dahulu, Afrika Selatan dijajah oleh penjajah Amerika Syarikat. Orang Amerika Syarikat pandang rendah terhadap orang Afrika Selatan. Diskriminasi telah berlaku terhadap orang Afrika Selatan dan mereka dipanggil sebagai “the black”. Oleh itu, unsur rasisme perlu dikekalkan. Ayat tersebut akan diterjemahkan kepada, “Beliau merupakan pemimpin politik berkulit hitam yang diterima oleh orang ramai.”


Masalah yang seterusnya ialah masalah format tarikh yang tidak sama dalam setiap bahasa. Semasa terjemahan atau interpretasi dilakukan, penterjemah atau jurubahasa perlu berhati-hati dengan format masa dan tarikh yang digunakan dalam bahasa sasaran. Jika format masa dan tarikh telah disalahgunakan, pembaca atau peneima akan berasa pelik dan tidak bersahaja kerana terjemahan atau interpretasi dilakukan berbau terjemahan. Contohnya, dalam teks sumber menyatakan “Nelson Rolihlahla Mandela was born in Transkei, South Africa on July 18, 1918” dan tarikh teks sumber menunjukkan bulan Julai didahulukan diikuti dengan hari bulan. Dalam teks sasaran ayat itu diterjemahkan kepada “Nelson Rolihlahla Mandela dilahirkan di Transkei, Afrika Selatan pada 18 hari bulan Julai 1918”, maka hari bulan adalah didahulukan dalam bahasa sasaran. 


Kesimpulannya, penterjemah atau jurubahasa perlu mengenal pasti konteks dan ideologi teks tersebut semasa membaca teks itu. Seterusnya, penterjemah atau jurubahasa dikehendaki meneliti jalan pemikiran penulis teks sumber. Akhir sekali, mereka perlu mengekalkan cara pensembahan teks sumber.

1 comment:

  1. 1. Secara umumnya, susun atur bagi laporan ini boleh diperbaik dan dimurnikan lagi dengan memasukkan teks asal, pautan kepada rakaman TP, dan perbincangan secara butir demi butir.

    2. Terdapat kesilapan dalam TP "He went on trial for treason in 1956-1961 and was acquitted in 1961".

    3. "He consistently refused to compromise his political position to obtain his freedom." -> Beliau rela mengorbankan ... demi...

    4. "He was widely accepted as the most significant black leader in South Africa" -> "Beliau merupakan pemimpin politik berkulit hitam yang diterima oleh orang ramai." Soalannya, antara 'widely accepted' dengan 'the most significant', yang mana yang lebih penting?

    5. Tahun sembilan belas lapan belas, atau tahun seribu sembilan ratus lapan belas? :)

    *****

    ReplyDelete