Saturday, 23 November 2013

TERJEMAHAN PANDANGAN DENGAN PERSEDIAAN - TEKS TEKNIKAL (EKONOMI)

Teks terjemah pandang yang telah dilakukan oleh kami kali ini ialah sebuah teks ekonomi yang bertajuk “CIMB Research raises MISC target price to RM5.08”. Situasi terjemahan pandang tersebut adalah terletak antara sekumpulan pakar ekonomi pendengar bahasa sasaran (iaitu bahasa Melayu). Terdapat satu masalah bagi situasi ini adalah sebenarnya bagi pakar-pakar ekonomi, kebanyakan daripada mereka menggunakan bahasa Inggeris dalam bidang Ekonomi tersebut, dan mereka mengetahui kedua-dua bahasa tersebut.
Masalah yang utama dalam menterjemah-pandangkan teks teknikal tersebut adalah teks tersebut yang berbentuk teknikal. Oleh sebab teks tersebut mempunyai banyak jargon dalam bidang Ekonomi, ia merupakan sesuatu yang sukar untuk diterjemahkan tanpa persediaan. Untuk menterjemahkan teks tersebut dengan baik, kumpulan kami cuba memahami teks. Ia merupakan satu proses yang mengambil masa yang agak panjang, kerana kumpulan kami tidak mempunyai ilmu bidang Ekonomi yang mendalam. Terdapat satu laman sesawang yang banyak membantu kami semasa mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam, iaitu laman sesawang Investopedia, http://www.investopedia.com/. Selain pemahaman maksud jargon-jargon istilah bidang tersebut, kumpulan kami juga menghadapi masalah apabila mendapatkan padanan istilah-istilah tersebut. Bagi masalah tersebut, kamu merujuk kepada Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), sebuah mesin pencarian oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Contoh-contoh masalah yang wujud dalam teks tersebut adalah seperti masalah Akronim. CIMB yang bermaksud Commerce International Merchant Bankers Berhad, dan juga MISC yang merujukkan kepada Malaysia International Shipping Cooperation Berhad. Akronim-akronim tersebut telah kami kekalkan kerana kedua-dua Akronim tersebut merupakan Akronim kata nama khas, dan telah luas diketahui oleh masyarakat bahasa sumber dan juga bahasa sasaran. Terdapat juga contoh akronim seperti EPS yang bermaksud Earning Per Syer yang telah kami kekalkan juga semasa membuat terjemahan pandang. Contoh FY13 juga telah kami letakkan dalam masalah akronim. FY13 bermaksud “Fiscal Year 2013” yang telah kami kekalkan maskudnya tetapi bukan bentuknya. Padanan yang telah kami terjemahkan ialah “Tahun Fiskal 2013”. Akhirnya, penggunaan Akronim dalam contoh 9M13, 3Q13, 3Q12 merupakan nama-nama projek yang telah syarikat tersebut lakukan. 13 dalam 9M13 merujuk kepada tahun 2013.
Seterusnya, kami mendapati terdapat masalah mengenai istilah bidang Ekonomi. Contohnya istilah “prospects” dan “offshore” telah kami terjemahkan kepada “prospek” dan bukan “harapan”, serta “luar pesisir” bagi “offshore”. Contoh ayat adalah seperti berikut: Prospects for the petrleum and chemical divisions remain gloomy, but MISC is expected to grow group profits nevertheless on its offshore,” it said. Penggunaan istilah “share” yang diterjemahkan kepada “syer” dan bukan “berkongsi.” Contoh ayat yang lain seperti berikut: “Chemical losses narrowed amid higher freight rates and lower bunker prices, while the absence of container shipping losses also helped.” Penggunaan istilah “freight rates” yang diterjemahkan kepada “kadar fred” dan bukan “kadar harga cargo” dan penggunaan istilah “bunker price” yang diterjemahkan kepada “harga bunker”. Istilah bidang Ekonomi perlu dikekalkan supaya makna khasnya tidak diubah. Istilah itu tidak boleh diterjemahkan kepada perkataan umum walaupun perkataan umum memberi makna yang hampir sama.
Selain itu, terdapat masalah kurang pengetahuan tentang latar belakang nama kompeni. Dalam teks Ekonomi atau Kewangan, pelbagai nama syarikat akan disebutkan. Kadang-kadang nama syarikat bagi sesebuah syarikat akan diubahkan atas faktor-faktor yang berbagai. Dalam teks ini terdapat gabungan dua nama syarikat dan menjadi sesuatu nama syarikat. Contohnya, “Associate contribution rose 237% on-year due to US$16.9mil earnings from its 50% stake in FPS Gumusut-Kakap in 3Q13.” Gumusut dan Kakap merupakan dua syarikat yang berada bidang minyak dan petroleum. Kedua-dua syarikat telah digabungkan untuk melaksanakan projek yang sama. Semasa menterjemahkan teks tersebut, pengetahuan syarikat-syarikat perlu diketahui supaya memahami teks tertentu.
Akhir sekali, terdapat masalah kod-kod yang sukar difahami dalam teks Ekonomi dan teks Kewangan. Kod-kod itu sebenarnya mewakili sesuatu tetapi pembaca yang tidak mempunyai pengetahuan bidang tidak akan faham maklumat yang disampaikan. Contoh ayat yang sama iaitu, “Associate contribution rose 237% on-year due to US$16.9mil earnings from its 50% stake in FPS Gumusut-Kakap in 3Q13.” Pembaca yang mempunyai pengetahuan bidang akan memahami bahawa 3Q13 adalah sebuah projek yang telah dilaksanakan walaupun hanya membaca kod-kod itu. Pembaca umum pula tidak berpengetahuan tentang kod-kod itu. Sebagai penterjemah atau jurubahasa, perkataan tertentu perlu ditambah supaya konsep kod itu dapat difahami. Jadi, “3Q13” akan diterjemahkan kepada “projek 3Q13”.
Kesimpulannya, akronim kata nama khas perlu disemakkan. Latar belakang teks perlu dikaji. Konsep istilah dalam teks perlu difahami. Padanan mengikut tahap kefahaman pembaca/pendengar sasaran perlu dikaji.
   
Rujukan
(2013, November 8). CIMB Research raises MISC target price to RM5.08. The Star Newspaper. Retrieved from  




No comments:

Post a Comment