Saturday, 2 November 2013

TERJEMAHAN PANDANGAN DENGAN PERSEDIAAN – TEKS UMUM (BIOGRAFI) - YTM Tunku Abdul Rahman


Sebelum ini, kumpulan kami telah melakukan terjemahan pandang untuk teks biografi Nelson Mandela iaitu seorang ahli politik. Kini, kami pula memilih sebuah teks biografi seorang Pahlawan tempatan, Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman.


Latar situasi yang kumpulan kami telah tetapkan adalah di sebuah muzium negara. Di dalam muzium itu terdapat satu bahagian yang para penerang akan menerangkan peristiwa-peristiwa Kemerdekaan Malaysia dan juga memperkenalkan tokoh-tokoh yang memberi sumbangan kepada Kemerdekaan Malaysia. Ramai pelawat muzium merupakan pelancong-pelancong dari luar negara. Mereka mempunyai pengetahuan yang amat terhad terhadap tokoh-tokoh dan juga peristiwa-peristiwa tersebut. Mereka juga tidak fasih dalam bahasa Melayu. Hal ini telah menyebabkan mereka tidak memahami teks-teks yang dipaparkan atas papan penjelasan.

Sebagai seorang penterjemah, banyak masalah yang akan kita alami semasa melakukan terjemahan pandang. Masalah-masalah yang akan dibincangkan hanya menumpu kepada teks biografi YTM Tunku Abdul Rahman. Antara masalah-masalah adalah seperti berikut:

Masalah pertama ialah masalah KATA NAMA KHAS. Masalah kata nama khas boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Biasanya tempat tinggal dan alamat akan diletakkan dalam teks biografi kerana penulis ingin menunjukkan tempat asal seseorang. Dalam teks ini juga terdapat alamat. Alamat itu akan dipendekkan semasa terjemahan pandang dilakukan kerana pembaca atau penerima tidak memerlukan alamat yang begitu perinci. Contohnya,

TS: YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah pada 8 Februari 1903.
TP: Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj was born on 8 February 1903 in Alor Setar, Kedah.

Dalam situasi ini, “Istana Tiga Tingkat” telah digugurkan kerana penerima ialah pelancong-pelancong dari luar negara. Selain dari masalah nama tempat, nama perbadanan juga merupakan masalah yang ditimbul. Secara umum, penterjemah akan pinjam terus dari teks sumber tetapi ada kesnya yang membenarkan kaedah pinjam dan terjemah. Contohnya,

Bahasa Melayu Bahasa Inggeris
Kesatuan Melayu Malay Association
Parti Perikatan The Alliance
Kadang- kadang penterjemah akan membuat kesilapan tentang nama negara kerana nama negara berubah dalam bahasa yang tidak sama. Contohnya, negara Singapura dalam bahasa Inggeris ialah Singapore.

Masalah seterusnya ialah MASALAH AKRONIM dalam kata nama khas terutamanya gelaran seseorang. Seseorang penerima tempatan mungkin tahu akronim gelaran di Negara kita tetapi situasi ini merupakan terjemahan pandangan terhadap pelancong. Jadi, gelaran perlu disebut dengan penuh. Contohnya, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj akan disebut sebagai Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Ada sebahagian pelancong mungkin bertanya maksud YTM. Padanan yang paling dekat untuk YTM dalam bahasa Inggeris ialah Your Highness tetapi gelaran ini tidak boleh diterjemahkan kepada Your Highness. Walaupun padanan ini adalah paling dekat, Your Highness memberi makna kepada seseorang yang menjadi seorang raja. Dalam kes ini, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bukan seorang raja. Oleh itu, gelaran itu tidak sesuai untuk diterjemahkan. 

Selain dari gelaran, kata-kata akronim lain juga perlu disebut dengan nama penuhnya. Contohnya,

Akronim Kata Nama Khas Penuh
UMNO United Malays National Organisation
MCA Malaysian Chinese Association
MIC Malaysian Indian Congress

Nama penuh perlu disebutkan kerana pelancong-pelancong atau orang asing tidak memahami akronim yang kita gunakan. Mereka mungkin tidak mempunyai pengetahuan sejarah dan pengetahuan politik negara kita. Dengan sebutan penuh itu dapat membantu mereka memahami parti-parti itu adalah terdiri daripada kaum yang berlainan.

Seterusnya, terdapat MASALAH KEKURANGAN MAKLUMAT DALAM TEKS SUMBER. Penulis teks sumber tidak memberikan penjelasan tentang peristiwa-persistiwa tertentu. Kita bersetuju bahawa tidak perlunya sentiasa memberi penjelasan yang panjang tetapi generalisasi yang melampau jaga mengakibatkan kekaburan maklumat. Contohnya,

TS: Pada 22 September 1970, YTM Tunku Abdul Rahman dalam keadaan teramat sedih kerana Tragedi 13 Mei 1969, meletakkan jawatan dan Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua.
TP: On 22 September 1970, Tunku Abdul Rahman, who was very sad about the racial riots tragedy of 13 May 1969, resigned and Tun Abdul Razak became the second Prime Minister of Malaysia.

Dalam teks sumber ini Tragedi 13 Mei 1969 tidak dijelaskan. Semasa terjemahan pandang dilakukan, penterjemah boleh menambah sedikit maklumat tentang tragedi itu supaya penerima mendapat gambaran tragedi itu. Hal ini kerana tragedi boleh dijadikan dari pelbagai faktor dan maklumat tambahan dapat memberi idea yang konkrit kepada penerima.

Masalah yang seterusnya ialah masalah KATA BUDAYA. Terdapat kata-kata budaya dalam teks biografi tersebut yang hanya wujud dalam bahasa sumber ataupun budaya sumber. Contohnya, perkataan “Bonda” yang merupakan bahasa istana ataupun bahasa lama. “Bonda YTM Tunku” telah kami terjemahkan kepada “Tunku’s mother”. “Kakanda” telah kami terjemahkan kepada “brother”. Satu lagi contoh ialah contoh ayat tersebut:

TS: Setelah YTM Tunku Yusuf pulang ke rahmatullah, YTM Tunku Yusuf telah kembali ke Kedah dan meneruskan persekolahannya di Penang Free School.
TT: When YTM Tunku Yusuf had passed away, YTM Tunku went back to Kedah, and continued his studies at Penang Free School, Kedah.
Contoh-contoh tersebut sebenarnya mengandungi makna-makna budaya yang tertentu, dan tiada padanan dalam bahasa sasaran. Contohnya bagi contoh yang ketiga, frasa “pulang ke rahmatullah” merupakan perkataan dalam agama Islam yang bermaksud “had passed away”.

Terdapat juga masalah apabila kami terjemah pandang ISTILAH. Terdapat perkataan-perkataan yang digunakan dalam bidang tertentu sebagai istilah yang mempunyai maksud yang tertentu. Contohnya perkataan “kerusi” dalam ayat tersebut.

TS: Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada jumlah 52 buah kerusi yang dipertandingkan, YTM Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Ketua Menteri dan Menteri Dalam Negeri.
TT: The Alliance won 51 of the 52 seats contested, and YTM Tunku Abdul Rahman was appointed to be the Chief Minister and the Minister of the State.
Dalam terjemah pandang yang pertama, kami terjemahkan perkataan “kerusi” kepada perkataan “chairs”. Istilah “kerusi” ialah istilah yang mengenai bidang politik dan kerajaan. Istilah tersebut walaupun bermaksud “chairs” dalam bahasa sasaran tetapi dalam bidang tertentu ia bermaksud “seat”. Selain itu, frasa “semangat kebangsaan” yang boleh dikaitkan dengan bangsa ataupun kaum, juga boleh kita kaitkan dengan negara. Dalam teks tersebut, kami telah terjemah pandangkan perkataan tersebut kepada “Patriotism”.

Masalah yang terakhir ialah MASALAH PERUBAHAN STRUKTUR AYAT. Contohnya dalam kedua-dua ayat tersebut, struktur ayat bagi teks sumber dan teks sasaran telah berubah.

TS: Di sanalah Tunku pertama kali mengalami diskriminasi kaum. Permohonannya untuk tinggal di dalam kolej itu ditolak disebabkan warna kulit.
TT: There was the place where Tunku had the first experience of racial discrimination, whereby his hostel application has been rejected because of skin colour. 

TS: Pada tahun 1947, didorong oleh keazaman yang kuat YTM Tunku Abdul Rahman ke England untuk menghabiskan pelajarannya di Inns of Court. Beliau berjaya mendapat kelayakan undang-undang dan pulang ke Kedah.
TT: In 1947, YTM Tunku Abdul Rahman was driven by a strong determination to finish his studies (graduate) in Inns of Court and he got his legal qualification before he went back to Kedah.

Perubahan yang dilakukan adalah untuk melancarkan teks sasaran terjemah pandang.

Jadi, kesimpulannya, terjemah pandang memang merupakan sesuatu yang tidak mudah. Pada kali ini, terjemahan pandang yang telah kami lakukan adalah daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Kumpulan kami berpendapat bahawa terjemahan pandang kali ini adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan terjemahan pandang pada kali pertama. Sebab adalah kerana penguasaan bahasa yang terhad dalam bahasa Melayu. Namun, kami mengetahui bahasa sebab tersebut tidak harus berlaku dan kami akan berusaha untuk membuat penambahbaikan.

No comments:

Post a Comment